the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RM1 juta diperuntuk lengkapkan kemudahan Internet 19 sekolah di Lembah Pantai: Fahmi

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memperuntukkan RM1 juta untuk melengkapkan kemudahan akses Internet di 19 sekolah dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata peruntukan disalurkan berikutan terdapat aduan berkaitan masalah Internet yang dihadapi oleh guru dan pelajar sekolah berkenaan.

“Perlu usaha merapatkan jurang digital di kawasan sendiri (Lembah Pantai), antara aduan guru besar dan pengetua adalah masalah Internet dan sejak sebulan setengah yang lalu saya mengadakan pertemuan dengan semua wakil 19 sekolah berkenaan.

“Perkara ini diharap dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang mulai sekarang, sebagai langkah permulaan,“ katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen Hour of Code (HOC) #MyGirlsCan 2023 bersempena International Girls in ICT (GICT) Day 2023 di sini hari ini.

Fahmi berkata beliau akan berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen yang lain untuk memanfaatkan peruntukan sedia ada dalam usaha merapatkan jurang digital.

“Mungkin kolaborasi dengan konglomerat atau syarikat yang berasa ada keperluan untuk turut serta terlibat dalam usaha ini,“ katanya.

Mengenai GICT Day, Fahmi berkata ia bertujuan meningkatkan minat golongan wanita khususnya dalam kalangan pelajar dan generasi muda tentang kepentingan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Pada masa sama, beliau berkata ia juga mendorong golongan berkenaan menceburi bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kerjaya dan kehidupan.

Katanya KKD menyasarkan 5,000 pelajar perempuan dari 500 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan menyertai Kempen HOC #MyGirlsCan 2023 yang bermula hari ini hingga 14 Julai.

Kempen HOC yang terbuka kepada semua sekolah di seluruh negara dilaksanakan oleh KKD melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengekodan dan asas sain komputer.

MDEC juga bakal melaksanakan program Digital Ninja pada September ini bagi mengasah bakat kemahiran teknologi digital pelajar perempuan, memberi pendedahan kepada corak pemikiran kritikal, kreatif dan inovatif serta penyelesaian masalah dan keusahawanan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings