the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

RM4 bilion disalurkan untuk STR Fasa 1 dan 2 – MOF

KUALA LUMPUR: Seramai 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menerima bayaran melalui STR Fasa 1 dan Fasa 2 dengan jumlah keseluruhan RM4 bilion disalurkan, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dua fasa bayaran lagi dijadualkan pada Ogos dan November 2025. “Kerajaan telah meningkatkan peruntukan ke tahap tertinggi bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion daripada RM10 bilion,“ kata MOF dalam jawapan bertulis di laman Parlimen.

Peningkatan ini memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

Bagi program SARA, lebih 4.9 juta penerima telah menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di premis berdaftar sehingga 14 Julai 2025, dengan kadar penggunaan 92 peratus.

“Seramai 5.4 juta penerima direkodkan dengan jumlah kelayakan SARA untuk setahun sebanyak RM5 bilion. Jumlah penerima SARA juga meningkat daripada 700,000 kepada 5.4 juta bermula April 2025,“ jelas MOF.

Kerajaan kekal komited memantau situasi semasa bagi memastikan bantuan tunai terus sampai kepada golongan memerlukan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.
spot_img

Popular Categories