the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
29.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

RM425 juta disalurkan kepada usahawan dan koperasi di Pahang

Sebanyak 24,592 usahawan dan koperasi di Pahang terima pembiayaan RM425 juta daripada KUSKOP melalui pelbagai agensi sehingga 30 September.

TEMERLOH: Sebanyak 24,592 usahawan dan koperasi di Pahang telah menerima pembiayaan berbentuk pinjaman dan geran melibatkan dana RM425 juta sehingga 30 September lepas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyatakan pembiayaan tersebut disalurkan melalui pelbagai agensi termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, SME Bank, Bank Rakyat, Perbadanan Nasional Berhad, SME Corp dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Sebanyak 674 usahawan telah menerima bimbingan dan latihan keusahawanan oleh Institut Keusahawanan Negara manakala SME Corp melaksanakan program pembangunan keusahawanan yang memberi manfaat kepada 2,205 usahawan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan bersama warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agensi KUSKOP Pahang di sini hari ini.

Sebelum ini, Ewon dilaporkan berkata KUSKOP telah menyalurkan RM7.96 bilion kepada 282,849 usahawan PMKS dan koperasi dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Mengenai aspek koperasi di Pahang, beliau memaklumkan sebanyak 56 koperasi baharu telah didaftarkan pada tahun ini manakala 10 koperasi menerima pembiayaan RM9.03 juta di bawah Tabung Modal Pusingan SKM.

Ewon sangat menghargai komitmen semua pegawai dan petugas di kementerian dan agensi di Pahang dalam memastikan inisiatif bantuan kepada usahawan dan koperasi disampaikan dengan berkesan.

Sementara itu, Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2025 yang berlangsung di Lurah Semantan disasarkan dihadiri lebih 20,000 pengunjung dengan nilai jualan RM1 juta.

Karnival tersebut menampilkan penyertaan 158 usahawan pelbagai kategori termasuk lapan pengusaha trak makanan, 14 usahawan Anekarasa MADANI dan 30 usahawan Satu Daerah Satu Industri.

Sebanyak 707 penjaja yang beroperasi di Pekan Sehari di sini pada Ahad akan digandingkan dengan penyertaan 20 agensi pempamer kerajaan peringkat Persekutuan dan negeri. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

China turns Hainan Island into special customs supervision zone

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 18 December 2025 - China on Thursday launched island-wide special customs operations in the Hainan Free Trade Port (FTP), the world's largest FTP by area, allowing freer entry of overseas goods, expanding zero-tariff coverage and more business-friendly measures.
spot_img

Popular Categories