the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan – Pegawai PBB

ANKARA: Runtuhan batu dan konkrit yang ditinggalkan kesan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza mungkin memakan masa 14 tahun untuk dialihkan, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Pehr Lodhammar, seorang pegawai daripada Perkhidmatan Tindakan Periuk Api PBB (UNMAS) memberitahu satu taklimat di Geneva bahawa serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut Pejabat Media di Gaza, serangan Israel memusnahkan sebanyak 70,000 kediaman dan merosakkan 290,000 yang lain mengakibat rumah berkenaan tidak boleh diduduki. Antara yang terjejas akibat serangan itu termasuk bangunan kerajaan, hospital, sekolah, masjid, gereja dan tempat bersejarah.

Israel telah menyerang Gaza sejak 7 Okt lepas dan membunuh lebih daripada 34,000 penduduk Palestin. Serangan rejim Israel itu mengakibatkan kebanyakan daripada 2.3 juta populasi di wilayah itu hilang tempat tinggal, kelaparan dan berisiko dijangkiti penyakit. – Bernama, Anadolu

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings