the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU Antibuli 2025 dibentang, tribunal khas akan ditubuhkan

RUU Antibuli 2025 dibentang di Parlimen, cadang penubuhan Tribunal Antibuli dengan kuasa arah maaf, padam kandungan dan pampasan sehingga RM250,000

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bacaan kali kedua dijadualkan pada Rabu ini.

RUU yang mengandungi 54 fasal itu bertujuan mewujudkan mekanisme khusus bagi menangani aduan buli.

Ia bertujuan mencegah dan menguruskan kes buli di institusi pendidikan serta institusi lain.

RUU itu juga menyediakan peruntukan bagi penubuhan Tribunal Antibuli bagi meningkatkan kesedaran dan pencegahan.

Fasal 29 menetapkan bidang kuasa tribunal untuk mendengar aduan buli yang dibuat oleh ibu bapa atau penjaga mangsa.

Fasal 30 menyediakan pengecualian bidang kuasa mahkamah sekiranya aduan dibuat kepada tribunal.

Menerusi Subfasal 31(4), prosiding melibatkan kanak-kanak hendaklah dijalankan secara tidak formal dan mesra kanak-kanak.

Tribunal diwajibkan memberi keutamaan untuk menyelesaikan aduan melalui proses pengantaraan.

Proses ini tertakluk kepada keizinan termaklum kedua-dua pihak dan penilaian tribunal.

“Jika pihak-pihak mencapai suatu penyelesaian dalam sesi pengantaraan, tribunal hendaklah meluluskan dan merekodkan penyelesaian tersebut,“ menurut RUU itu.

Penyelesaian yang diluluskan berkuat kuasa seolah-olah ia merupakan award tribunal.

Dalam membuat award, tribunal boleh mengeluarkan satu atau lebih perintah.

Jika responden ialah seorang dewasa, tribunal boleh arah penyiaran kenyataan permohonan maaf.

Tribunal juga boleh mengarah responden menghapuskan kandungan berkaitan buli daripada platform media sosial.

Perintah lain termasuk membayar pampasan atau ganti rugi tidak melebihi RM250,000.

Pampasan adalah bagi kerugian atau kerosakan yang dialami mangsa akibat buli.

Perintah pampasan juga boleh dikenakan ke atas ibu bapa atau penjaga bagi responden kanak-kanak. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Rhenus shared commitment to support India’s maritime sector at India Maritime Week 2025

Rhenus exchanged an MoU with Inland Waterways Authority Of India (IWAI) for the construction and operation of tug-barge vessels to enable cargo movement across National Waterways NW-1, NW-2, NW-16, and the Indo-Bangladesh Protocol (IBP) route. Vivek Arya, CEO of Rhenus India also shared his insights on logistics as a panelist in a conference discussion session.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories