the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU Kanun Keseksaan dibentang untuk bacaan kali kedua, tangani peningkatan penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR: Sebagai langkah menangani peningkatan kes penipuan kewangan dalam talian yang membimbangkan dalam negara, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-undang itu dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut naskah biru yang disiarkan di laman Parlimen, rang undang-undang ini bertujuan meminda Kanun Keseksaan (Akta 574), antara lainnya untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang berhubungan instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan.

Rang undang-undang itu antara lain memperuntukkan kesalahan dan penalti bagi pemilikan atau kawalan terhadap mana-mana instrumen pembayaran orang lain atau mana-mana akaun orang lain di institusi kewangan tanpa kuasa yang sah atau maksud yang sah.

“Subseksyen baharu 424C(2) yang dicadangkan bertujuan mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti bagi seseorang yang terlibat dalam mana-mana transaksi, menggunakan mana-mana instrumen pembayaran atau akaun orang lain di institusi kewangan tanpa kuasa atau maksud yang sah,” menurut naskhah itu.

Azalina turut membentangkan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali pertama antaranya bertujuan memberi pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, kuasa menyita atau melarang urusan dalam apa-apa wang dipegang atau disyaki dipegang dalam mana-mana instrument pembayaran atau akaun di institusi kewangan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

AEON Bank Biz powers up business growth with Term Financing-i and Working Capital Financing-i

AEON Bank (M) Berhad, Malaysia's first digital Islamic bank, has expanded its business banking financing facilities with the introduction of Term Financing-i and Working Capital Financing-i, anchored by its Business Banking vertical, AEON Bank Biz.

SCG and ASEAN Strengthen Industrial Collaboration Amid Global Transformation

Thammasak Sethaudom, President and Chief Executive Officer of SCG, emphasized that ASEAN industries are undergoing structural transformation and must continuously strengthen capabilities, resilience, and regional cooperation to support sustainable long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings