the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabah terima peruntukan terbesar RM61 juta skim TSPKS 2.0

Sabah terima RM61 juta geran padanan TSPKS 2.0, terbesar di Malaysia dengan 796 permohonan diluluskan untuk tanam semula sawit.

SANDAKAN: Sabah muncul sebagai penerima terbesar peruntukan Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 dengan menerima RM61 juta.

Peruntukan tersebut disalurkan dalam bentuk geran padanan daripada RM100 juta dana yang disediakan kerajaan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata sebanyak 796 permohonan daripada pekebun kecil persendirian di Sabah telah diluluskan setakat ini.

“Permohonan diluluskan melibatkan keluasan 3,420.04 hektar dengan peruntukan RM61.56 juta,” katanya selepas merasmikan program santuni pekebun kecil sawit di sini.

Beliau menambah Sandakan sahaja merekodkan 34 permohonan meliputi 155.76 hektar dengan peruntukan RM2.8 juta.

“Sabah menjadi penerima terbesar skim untuk kerja-kerja penanaman semula sawit kerana pada tahun lepas peruntukan disalurkan ke Sabah RM41 juta dan bagi tahun ini, setakat ini melebihi RM61 juta.”

Chan turut memaklumkan sehingga 15 Oktober lepas, 30,768 pekebun kecil di Sabah telah memperoleh Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO).

Pensijilan tersebut melibatkan keluasan 191,517.96 hektar tanaman sawit.

“Pelaksanaan MPSO bukan sekadar berupaya meningkatkan penerimaan pasaran global tetapi juga memberi banyak manfaat kepada pekebun kecil.”

Manfaat tersebut termasuk pengurusan Amalan Pertanian Baik, penjagaan alam sekitar dan peningkatan kualiti hasil.

Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan RM120 juta untuk membela serta memperkasa kesejahteraan pekebun kecil komoditi negara.

Komoditi tersebut merangkumi sawit, getah, koko, lada dan kenaf. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.
spot_img

Popular Categories