the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sarawak iktiraf peranan belia dalam pembangunan

KAPIT: Sarawak mengiktiraf peranan yang dimainkan belia dalam pembangunan negeri itu ke arah mencapai aspirasi sebagai Sarawak Maju 2030.

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata belia yang memaksimumkan inovasi dan teknologi digital, dapat mengoptimumkan pencapaian keberkesanan bidang mereka ke arah mencapai aspirasi tersebut dan menjadikan belia Sarawak, belia yang bertaraf dunia.

Beliau berkata selaras Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030), Kerajaan Sarawak telah menyediakan asas dan hala tuju yang jelas untuk golongan belia meneruskan kecemerlangan tidak kira di dalam bidang sukarelawan, bidang pembangunan ekonomi, bidang sukan, bidang industri kreatif dan lain-lain bidang lagi.

Sarawak yang memerlukan bakat baharu berteraskan inovasi dan teknologi digital menyedia dan merangka program yang berimpak tinggi, dengan menerapkan inovasi dan teknologi digital dalam kalangan usahawan belia Sarawak, yang dinamakan sebagai Youth Technopreneur.

“Pembangunan Youth Technopreneur, bertujuan bagi melengkapkan belia dengan komponen teknologi yang merupakan perniagaan baharu masa kini. Saya percaya usahawan belia beroperasi melalui kepakaran teknologi, akan lebih memudahkan belia merangka strategi holistik dan mampu membuat keputusan berkaitan perniagaan dilaksanakan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, semasa perasmian Hari Belia Sarawak 2023 di Dewan Suarah Kapit, di sini hari ini.

Abang Johari berkata perjuangan untuk membangun dan memajukan Sarawak masih belum tamat dan untuk itu beliau mengingatkan belia di wilayah itu, untuk menanamkan kata-kata azimat pahlawan Sarawak ‘Agi Idup Agi Ngelaban’, di mana-mana mereka berada untuk memperhebatkan Sarawak di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Beliau turut memberitahu Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah memaklumkan kepadanya bahawa konsep perpaduan dan multiculturalism (faham pelbagai budaya) yang wujud di Sarawak sangat kuat.

“Sememangnya saya amat berbangga dengan semangat perpaduan, faham pelbagai budaya dan keterbukaan yang tinggi terutama dalam kalangan belia, sekali gus mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Kekalkan keunikan dan keharmonian kita di Sarawak,” katanya.

Pelbagai acara menarik melibatkan belia diadakan pada sambutan tersebut yang bermula semalam dan berakhir esok termasuklah sukan ekstrem, persembahan pentas, gerai usahawan belia, perkhemahan dan e-sukan.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings