the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sekolah Vernakular: Tiada perancangan buat penilaian menyeluruh setakat ini – Fadhlina

KUALA LANGAT: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai perancangan untuk membuat penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular setakat ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata sebarang tindakan atau keputusan mengenai ekosistem pendidikan sedia ada mesti berdasarkan ketetapan yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996.

“Kita mendengar pandangan berkenaan (mengenai sekolah vernakular) tetapi untuk hari ini, pendirian KPM adalah untuk berdiri tegak dan memperkukuhkan Akta Pendidikan.

“Sebagaimana yang saya tegaskan sebelum ini sekolah vernakular ini adalah diiktiraf oleh Akta Pendidikan dan kita akan teruskan dengan pendirian tersebut berdasarkan Akta Pendidikan,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Salleh baru-baru ini yang meminta kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular yang merangkumi lebih 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Terdahulu Fadhlina meluangkan masa meninjau hari pertama sesi baharu persekolahan 2024/25 di Sekolah Kebangsaan Saujana Putra di sini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings