the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor bentang belanjawan RM3.23 bilion untuk 2026

Kerajaan Selangor bentang Belanjawan 2026 bernilai RM3.23 bilion, fokus kepada sektor sosial dengan anggaran defisit RM430 juta.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata RM1.86 bilion atau 57.6% diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus.

Perbelanjaan pembangunan pula berjumlah RM1.37 bilion atau 42.4% daripada jumlah keseluruhan.

BACA: Belanjawan 2026 seimbang keperluan nasional dan pembangunan negeri

“Perkara yang dibelanjakan termasuk bagi pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) fasa kedua, kenaikan harga kontrak selaras dengan pelaksanaan gaji RM1,700,” katanya ketika membentangkan belanjawan di Dewan Negeri Selangor.

Peruntukan pembangunan bagi 2026 meningkat RM70 juta atau 5.4% berbanding 2025 dengan tumpuan kepada sektor sosial.

Sektor sosial menerima kenaikan peruntukan sebanyak 30% iaitu RM360 juta bagi menangani cabaran ekonomi tahun depan.

Kerajaan negeri menganggarkan hasil kutipan sebanyak RM2.8 bilion untuk tahun 2026.

Premium tanah dijangka menjadi penyumbang utama hasil dengan RM1.02 bilion atau 36.3% daripada anggaran keseluruhan.

Cukai tanah diunjurkan menyumbang RM691.27 juta (24.7%) manakala pemberian Persekutuan dianggarkan RM263.16 juta (9.4%).

Belanjawan 2026 mengalami defisit dianggarkan RM430 juta berdasarkan perbezaan antara jangkaan hasil dan perbelanjaan.

Belanjawan bertemakan ‘Selangor Juara, Rakyat Sejahtera’ ini digerakkan melalui enam tekad utama.

Tekad tersebut meliputi sumber hasil negeri, peluang ekonomi rakyat, dan reformasi tadbir urus.

Ia juga merangkumi aspek pendidikan, seni budaya, generasi muda, kesejahteraan rakyat, serta kelestarian alam sekitar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

ZTE and MMU Expand Collaboration to Advance Malaysia’s AI, Cybersecurity, and Digital Talent Development

KUALA LUMPUR, MALAYSIA- Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - ZTE Corporation(0763.HK / 000063.SZ), a global leading provider of integrated information and communication technology solutions, today announced the expansion of its collaboration with Multimedia University ("MMU") through the signing of an official addendum, exchanged during the closing ceremony of the PRESTIJ program, "Shaping the Future-fit Public Services with Cybersecurity in the AI Landscape."

Most Viewed

spot_img

Popular Categories