the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata selaras dengan itu, perkara berkenaan kini dalam proses rundingan terperinci.

“Jemaah Menteri mengalu-alukan supaya negeri-negeri lain juga mengambil langkah yang sama supaya kita dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan pembersihan awam di negara kita.

“Kebersihan juga adalah kewajipan kita semua. Oleh kerana itu, saya nak jadikan Malaysia paling bersih, indah dan selamat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini hari ini.

Akta 672 bermatlamat memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Mengulas mengenai tapak pelupusan sampah haram di Kampung Seri Sentosa, Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor, Nga berkata pihaknya akan membawa perkara itu ke perhatian kerajaan Selangor agar tindakan pencegahan diambil.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan tapak pelupusan itu yang dahulunya seluas 20 hektar, kini semakin melebar kepada kira-kira 52 hektar.

Ia berlaku ekoran aktiviti pelupusan sampah, sisa industri, pembinaan dan domestik oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa kawalan pihak ber­kuasa dan keadaan itu jelas mengancam kesihatan penduduk yang mendiami kira-kira 3,000 buah rumah meliputi Kampung Sri Sentosa, Bandar Seri Coalfields, Alam Perdana dan Daunan Worldwide.

Terdahulu, Nga bersama lebih 2,500 warga KPKT, jabatan dan agensi dan pihak berkepentingan turut serta dalam kemeriahan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 bertemakan ‘MADANI Muhibah’.

Sambutan itu bertujuan mengukuhkan kerjasama dan perpaduan pelbagai kaum dengan meraikan keunikan budaya Cina menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan tarian naga, persembahan kebudayaan, hidangan pelbagai juadah istimewa dan pemberian ang pau kepada kanak-kanak.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Nga berkata semua kaum harus bersatu sebagai satu pasukan untuk mengangkat martabat negara dan membangunkan ekonomi serta tidak mempedulikan ‘suara’ yang cuba memecah-belahkan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

A Decade of Sharing the Flavors of China: ‘Chinese Restaurant’ Stays True to Its...

CHANGSHA, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - Carrying the warmth of everyday life and the richness of Chinese civilization, Chinese Restaurant embarks on a new chapter as it celebrates its 10th anniversary.

Hong Kong universities scale global heights, cementing education hub status

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 19 June 2026 – Hong Kong universities continue to excel on the international stage with five institutions ranked among the world's top 100 and, for the first time, two in the top 20 of the 2027 World University Rankings published by Quacquarelli Symonds (QS) on June 18.

VinFast Builds on EV Success While Looking Beyond Electrification

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - As Southeast Asia and the Middle East ramp up investments in autonomous driving and AI-powered transportation, VinFast is positioning itself at the intersection of today's EV market and tomorrow's mobility ecosystem.

Glow Festival by Prudential Expands in Sentosa Partnership, Bringing Global Headliners and Its Biggest...

Over 70 wellness sessions across six immersive festival zones...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings