the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Selepas Hoe Yean, kontinjen negara masih menanti pingat seterusnya

KONTINJEN negara ke Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 masih menantikan kilauan pingat seterusnya selepas pencapaian membanggakan jaguh renang Khiew Hoe Yean di Berlin, Khamis lepas.

Pingat perak diraih Hoe Yean dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki itu menandakan kontinjen negara memerlukan enam pingat lagi untuk mencapai sasaran tujuh pingat tanpa mengira warna yang ditetapkan.

Dalam saingan yang memasuki hari ketiga, Malaysia masih belum berjaya menjelmakan pingat selepas atlet taekwondo Ahmad Nor Iman Hakim Rakib terkandas di pusingan awal acara kyorugi lelaki -68 kilogram (kg) di Messe Essen, di sini.

Atlet renang Goh Andrew Zheng Yen turut kandas di pusingan awal 200m kuak dada lelaki di Schwimm- und Sprunghalle im Europasportpark.

Namun, kem badminton menghidupkan peluang membawa pulang pingat dalam acara berpasukan campuran apabila mara ke suku akhir selepas menumpaskan Perancis 3-0 pada aksi pusingan 16 terbaik di Westenergie Sporthalle, Mulheim an der Ruhr.

Anak buah legenda Datuk Rashid Sidek itu akan membuat perhitungan berdepan India dalam saingan peringkat lapan terbaik malam ini (awal pagi Ahad waktu Malaysia).

Sekiranya berjaya mara ke separuh akhir, skuad negara akan bertemu antara Taiwan dan Jepun esok yang berentap dalam satu lagi aksi suku akhir.

Sementara itu, skuad renang meneruskan cabaran esok apabila Lim Yin Chuen dan Arvin Shaun Singh Chahal masing-masing akan bersaing dalam saringan tujuh acara 100m gaya bebas lelaki.

Kem olahraga yang tiba semalam akan meneruskan sesi latihan dan penyesuaian venue pertandingan di Lohrheidestadion, Bochum esok menjelang aksi saingan yang bermula Isnin.

Dalam pada itu, setakat 3.30 petang (9.30 malam waktu Malaysia), Amerika Syarikat merampas posisi pendahulu carta kedudukan pingat dengan kutipan 5 emas, 3 perak dan 8 gangsa, diikuti tuan rumah (4,2,4) dan Korea Selatan (3,4,3) di tempat ketiga.

Pada edisi yang sedang berlangsung hingga 27 Julai ini, Malaysia mengambil bahagian dalam enam daripada keseluruhan 19 jenis sukan dipertandingkan iaitu gimnastik, badminton, memanah, olahraga, renang dan taekwondo dengan penglibatan keseluruhan 64 atlet – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

BN confident of retaining Kinabatangan and Lamag seats

Barisan Nasional is confident of retaining the Kinabatangan parliamentary and Lamag state seats in the upcoming by-elections, citing strong campaign support from Sabah's ruling coalition.
spot_img

Popular Categories