the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 9, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seleweng subsidi: Polis marin rampas 822 tong LPG bernilai lebih RM300,000

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan cubaan menyeleweng barangan kawalan Gas Petroleum Cecair (LPG) selepas menyerbu sebuah premis di Jalan Cempaka 1, Air Bemban, Kulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata dalam serbuan pada 6.30 pagi itu, empat lelaki warga asing yang merupakan pekerja premis ditahan manakala 822 tong LPG dianggar bernilai RM326,600 turut dirampas.

Beliau berkata serbuan dilakukan Unit Risik PPM Wilayah Dua susulan maklumat awam berhubung aktiviti penyelewengan LPG bersubsidi yang dikesan di premis terbabit.

“Suspek (pekerja) gagal mengemukakan sebarang dokumen pembelian gas LPG dan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Polis turut menjumpai pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk memindahkan gas bersubsidi ke tong gas yang lebih besar untuk pasaran industri,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan berkata kesemua lelaki itu dan barang rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Railtown AI Announces Service-Led Commercialization Strategy to Accelerate AI Adoption Among Canadian SMEs

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 8, 2026 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown" or the "Company"), a Canadian-based AI developer tools and agentic orchestration company today announced the launch of its Service-Led Commercialization Strategy, a long-term growth initiative designed to accelerate artificial intelligence adoption among Canadian small and medium-sized enterprises ("SMEs") while expanding recurring software revenue through the deployment of the Company's proprietary AI technologies.

18 women coaches join Fifa scholarship programme

A total of 18 women coaches from across Malaysia have been selected for the Fifa Coaching Education Scholarship Programme to strengthen women's football coaching development

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings