the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sembilan jelapang padi baharu di Sarawak perkasa jaminan makanan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kerajaan laksana sembilan jelapang padi di Sarawak dengan peruntukan RM223 juta bagi tingkatkan pengeluaran beras tempatan dan kurangkan kebergantungan import

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melaksanakan sembilan projek pembangunan jelapang padi di Sarawak mulai tahun depan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara.

Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu berkata projek itu melibatkan Parlimen Batang Lupar, Kota Samarahan, Serian dan Igan dengan peruntukan RM223 juta bagi 2026.

“Ini antara strategi utama kementerian untuk memastikan Malaysia mampu berdikari sekiranya berlaku sekatan import makanan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga mengurangkan kebergantungan terhadap import barangan asas negara.

Kadar sara diri bagi beras dan ayam pada 2023 masing-masing 56.2% dan 90.2%, manakala peningkatan positif dicatatkan bagi daging dan susu segar.

Mohamad berkata setakat 21 Oktober lepas, stok fizikal beras negara berjumlah 1.19 juta tan metrik mencukupi bagi menampung keperluan untuk tempoh enam bulan.

Unjuran pengeluaran ayam pula kekal stabil dengan 70.65 juta ekor.

Kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh dengan menggabungkan pelbagai kementerian dan agensi termasuk Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Inisiatif itu turut melibatkan kerjasama kerajaan negeri bagi mengenal pasti kawasan baharu untuk pembangunan jelapang padi.

“Dua Timbalan Perdana Menteri turut terlibat secara langsung dalam inisiatif sekuriti makanan ini,” katanya.

Bagaimanapun, cadangan membawa pesawah berpengalaman dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak belum diputuskan kerana tenaga kerja tempatan mampu mengendalikan pengurusan sawah baharu.

Menjawab soalan tambahan mengenai industri udang tempatan, Mohamad berkata sektor akuakultur berkembang dengan baik dan menyumbang kepada peningkatan kadar sara diri perikanan negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings