the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seorang kanak-kanak maut, dua parah dalam kemalangan di Gelang Patah

ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala dua individu cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ismail Sultan, East Ledang, Gelang Patah di sini, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar berkata mangsa S. K. Chiara Dakhshakanya David, 9, maut akibat tersepit di bahagian tempat duduk belakang dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Beliau berkata setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua kereta iaitu Toyota Vios dan Toyota Avanza.

“Terdapat empat mangsa yang berada di dalam kereta Vios dan PKO bertindak mengeluarkan Chiara Dakhshakanya David yang tersepit menggunakan ‘Rescue Tools’ sebelum dia disahkan meninggal dunia.

“Dua mangsa mengalami cedera parah iaitu N. Rajendran, 45, dan pemandu Toyota Avanza Goh Rong Hao, 22, manakala, B. Patricia Puvaneswary, 45, serta S. K. Cllarissa Mathumitha David, 14, hanya cedera ringan, “ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Nazran berkata PKO turut memberi rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dengan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Seterusnya, PKO membersihkan tumpahan minyak akibat daripada kemalangan tersebut dengan menggunakan habuk kayu. Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, anggota dan jentera bertolak balik ke balai,“ katanya.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.44 malam sebelum satu jentera dari BBP Iskandar Puteri dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin ketika dihubungi Bernama mengesahkan mengenai kejadian itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane en Provence marks 50 years of crafting life ties, unveils global reinvention and...

L’Occitane en Provence celebrates its 50th anniversary with a global brand reinvention, refreshed product portfolio and immersive customer experiences. In Malaysia, the milestone is marked through the "Maison Surprise" campaign, featuring complimentary gifts, interactive activations and community-focused experiences.

CG Capital, the leader in branded residences in Thailand, marks milestone success for InterContinental...

CG Capital announced strong early demand for InterContinental Residences Bangkok Asoke, with over 60% of units reserved before its official launch. The luxury branded residence reflects growing confidence in Thailand's high-end property market despite ongoing global economic uncertainty.

FastMed HK welcomes Greater Bay Area visitors to access doctor assessment and prescription dispensing...

FastMed HK is expanding access to online doctor assessments and prescription dispensing for Hong Kong residents and Greater Bay Area visitors, offering a structured digital healthcare pathway with e-prescriptions, medicine delivery or collection, and privacy-focused services for various prescription-based healthcare needs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings