the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Seorang maut, tujuh cedera parah dalam kemalangan van kilang

Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera parah selepas van kilang terbabas di Jalan Mount Erskine, George Town pagi tadi.

GEORGE TOWN: Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera parah selepas van kilang yang mereka naiki terbabas di Jalan Mount Erskine di sini awal pagi tadi.

Enam mangsa yang cedera parah juga adalah wanita berusia lingkungan 21 hingga 52 tahun.

Pemandu lelaki van tersebut turut mengalami kecederaan parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.59 pagi.

“Empat daripada lapan mangsa tersepit di dalam remukan kenderaan tersebut,” katanya.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dibantu BBP Lebuh Pantai menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

Semua mangsa berjaya dikeluarkan pada 7.17 pagi.

Seorang mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Tujuh mangsa lain yang cedera parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Crisis Management Centre Announces Global Release Of Founder’s Maiden Book on Reputational Security

NEW YORK, US / KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 27 December 2025 - The Crisis Management Centre today announced the global release of Reputational Security, the landmark new book by internationally respected crisis strategist, Nordin Abdullah, now available on Amazon and Kindle.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories