the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SIA, Scoot elak lalu ruang udara Iran berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan subsidari kos rendahnya, Scoot telah menghentikan penerbangan di ruang udara Iran selepas Iran melancarkan serangan langsung ke atas wilayah Israel buat kali pertama pada Sabtu, menurut laporan media tempatan.

The Straits Times yang memetik Jurucakap SIA berkata kedua-dua SIA dan Scoot menggunakan laluan penerbangan alternatif berkuat kuasa dari 1 tengah hari pada 13 April sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kami memantau rapi keadaan di Timur Tengah dan akan melaraskan laluan penerbangan seperti yang diperlukan,”kata jurucakap itu.

Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) melaporkan bahawa Angkatan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) melancarkan sejumlah misil ke atas sasaran tertentu di dalam wilayah diduduki Ierael.

IRGC berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap “banyak sekali jenayah” dilakukan Israel, termasuk serangan ke atas Kedutaan Iran di Damsyik minggu lepas.

Menurut laporan media antarabangsa, selain Israel beberapa negara di Timur Tengah juga telah menutup sementara ruang udara mereka berikutan peningkatan ketegangan di rantau itu termasuk di Jordan, Iraq dan Lubnan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings