the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Siak surau cedera parah ditetak di Taiping, suspek direman seminggu

Seorang lelaki direman seminggu selepas menetak siak surau di Taiping sehingga cedera parah. Suspek dipercayai pesakit psikiatri dan positif dadah

TAIPING: Seorang lelaki direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes seorang warga emas cedera parah ditetak dengan parang di sebuah surau di sini.

Suspek berusia 55 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 17 Dis selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata mangsa berusia 68 tahun itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan lanjut di Hospital Taiping.

Polis menerima laporan mengenai kejadian di Kampung Bukit Jana, Kamunting itu pada 3.13 petang semalam.

Mohamad Nasir berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek terhadap mangsa yang juga merupakan siak surau berkenaan.

Siasatan mendapati suspek adalah pesakit psikiatri dan pernah mendapatkan rawatan di hospital.

Saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Sabah assemblymen sworn in, marking start of new term

78 Sabah assemblymen, including six appointed members, were sworn in today, with the ceremony led by Chief Minister Hajiji Noor and including opposition leader Mohd Shafie Apdal.
spot_img

Popular Categories