the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sistem penyimpanan tenaga bateri TNB dijangka beroperasi hujung 2026

Projek BESS TNB dijangka beroperasi hujung 2026, sokong grid, tingkatkan tenaga solar dan patuhi piawaian keselamatan serta alam sekitar.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) yang dibangunkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka mula beroperasi pada hujung 2026.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata projek rintis itu kini dalam fasa pembangunan.

Beliau berkata ia bertujuan memberi sokongan kepada sistem grid Semenanjung Malaysia.

BACA: TNB teliti pilihan undang-undang selepas notis cukai RM840 juta

Pelaksanaan BESS juga akan membolehkan kemasukan tenaga solar pada kapasiti lebih tinggi.

“Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah melaksanakan Bidaan Terbuka Bagi Sistem Penyimpanan Tenaga (MyBEST) dengan kapasiti 400MW / discharging 1,600MWj bagi penggunaan BESS di peringkat utiliti,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan mengenai status pelaksanaan projek BESS serta aspek kelestarian dan keselamatannya.

Antara inisiatif bagi memastikan teknologi bateri mesra alam adalah dengan menyediakan proses EPC mengenai kaedah pembongkaran, penamatan operasi, pelupusan dan pengitaran semula pepasangan bateri.

Ia juga meliputi pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling serta Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Pelaksanaan Environmental Management Plan bagi projek BESS dan pengitaran semula komponen bateri mengikut undang-undang turut dilaksanakan.

Dari aspek keselamatan, sistem itu akan dipastikan patuh kepada piawaian antarabangsa seperti IEC62619 dan UL9540.

BESS juga akan memenuhi keperluan pihak bomba berkenaan keselamatan dan pematuhan yang diperlukan bagi pepasangannya iaitu NFPA855.

Piawaian NFPA 855 adalah sumber rujukan utama bagi mengurangkan risiko kebakaran dan letupan yang berkait dengan pepasangan BESS. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories