the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Program Jualan Rahmah Madani diperluas ke semua Parlimen dan DUN

Program Jualan Rahmah Madani diperluas dengan peruntukan RM600 juta, sasar 20,000 siri tahun ini untuk bantu rakyat tangani kos sara hidup.

KUALA LUMPUR: Peluasan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) menerusi peruntukan RM600 juta dalam Belanjawan 2026 dilihat sebagai bantuan penting untuk meringankan tekanan kos sara hidup.

Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu amat signifikan dalam membantu golongan B40 dan M40.

Beliau berkata barangan asas ditawarkan pada harga 10 hingga 30% lebih rendah berbanding pasaran setempat.

BACA: Lebih ramai nikmati jualan rahmah termasuk penduduk luar bandar – Ahmad Zahid

“Dengan peluasan ke semua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), rakyat Ledang misalnya akan menikmati manfaat secara lebih kerap dan menyeluruh,” katanya.

Lebih 20,000 penduduk Ledang telah memanfaatkan 80 siri PJRM sejak Januari hingga kini.

Syed Ibrahim menjangkakan penganjuran akan meningkat sekurang-kurangnya 30 hingga 40% tahun depan susulan tambahan dana.

Beliau turut mencadangkan penambahbaikan seperti memastikan penganjuran tidak bertindih dengan waktu bekerja.

“Inisiatif Payung RAHMAH bukan sekadar langkah jangka pendek menangani kos sara hidup, tetapi lambang komitmen kerajaan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA Dr T. Saravanan berkata peluasan PJRM mesti diiringi dengan pelaksanaan yang tersusun.

“Yang utama bukan sekadar jumlah program, tetapi keberkesanannya sampai kepada isi rumah yang paling terkesan,” katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan laporan berkala mengenai capaian program dan menyediakan saluran maklum balas di tapak.

Saravanan menegaskan intervensi seperti PJRM perlu berjalan seiring reformasi struktur termasuk peningkatan gaji.

Pekerja swasta Izlaily Nurul Ain Hussein, 38, berkata PJRM menjadi antara program yang paling dinantikan penduduk setempat.

“Memang terasa penjimatan bila beli di PJRM, terutama minyak masak, ayam dan barang kering,” katanya.

Beliau berkata peluasan PJRM menunjukkan kerajaan peka terhadap kebimbangan rakyat.

Penjawat awam Mohd Dzyauddin Md Yusoff, 40, pula berkata peluasan memberi kesan langsung kepada penduduk luar bandar dan pedalaman.

“Bagi kami di luar bandar, subsidi yang disalurkan secara terus melalui PJRM ini memang terasa,” katanya.

Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali sebelum ini memaklumkan inisiatif PJRM menerima respons paling positif daripada rakyat.

KPDN menyasarkan 20,000 siri PJRM tahun ini, iaitu peningkatan 190% berbanding 2023.

Sasaran itu adalah susulan pengumuman tambahan peruntukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2025.

Setakat pertengahan November 2025, sebanyak 21,357 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara sejak 1 Januari.

Jumlah itu melebihi sasaran setahun 15,360 siri yang memanfaatkan hampir 23 juta penduduk.

Program itu akan terus dipertingkatkan melibatkan 222 kawasan Parlimen, 600 DUN serta 40 zon di Wilayah Persekutuan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings