the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sistem ramalan cekap kunci kurangkan risiko bencana – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Kepentingan sistem ramalan yang cekap dan respons pantas terhadap perubahan cuaca adalah kunci untuk mengurangkan risiko bencana.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berterima kasih kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kerana tidak pernah jemu menyampaikan maklumat cuaca dengan tepat dan pantas demi keselamatan rakyat.

“Anda ‘barisan hadapan cuaca’, dalam memastikan negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Semoga usaha ini terus dihargai dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan maklumat cuaca dalam kehidupan seharian. Teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi, para pahlawan cuaca,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut mengucapkan selamat menyambut Hari Meteorologi Sedunia 2025 yang diraikan hari ini.

“Tema tahun ini, “Bersama Rapatkan Jurang Amaran Awal”, mengingatkan kita bahawa setiap saat dalam menyampaikan amaran awal boleh menyelamatkan nyawa,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings