the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM bongkar pelbagai kes rasuah berprofil tinggi sepanjang 2025

SPRM dedahkan kes rasuah berprofil tinggi pada 2025, termasuk siasatan bekas PM, dengan rampasan aset melebihi RM8.4 bilion

KUALA LUMPUR: 2025 antara tahun paling signifikan mencerminkan usaha Kerajaan MADANI membenteras rasuah menerusi siasatan dan operasi besar-besaran oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendedahan bukan hanya melibatkan ketirisan oleh ahli politik tetapi juga agensi penguatkuasaan dan institusi perbankan yang melibatkan pemulihan aset, sitaan serta pelucuthakan bernilai lebih RM8.4 bilion setakat 30 Nov. 

Paling menggemparkan ialah siasatan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membabitkan rampasan pelbagai mata wang bernilai lebih RM169 juta dan 16 kilogram jongkong emas dari sebuah rumah selamat.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 1 Okt membenarkan wang yang disita itu dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia setelah tiada pihak menuntut wang berkenaan. 

Selain itu, operasi SPRM juga tertumpu kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Jabatan Imigresen dengan beberapa siri serbuan dilakukan di pintu masuk utama negara, depoh penyimpanan dan pejabat operasi kastam di beberapa negeri.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) turut berada dalam radar SPRM untuk memastikan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan agensi penguatkuasaan dibenteras sepenuhnya seperti visi dan misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi OPS Airways di kawasan kargo Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) awal tahun ini, SPRM menahan 13 individu termasuk enam pegawai kastam berkait sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang turut merampas 90,000 unit vape dengan cukai dianggarkan RM5.4 juta dari sebuah gudang.

 Susulan penahanan itu, sebanyak 12 akaun dan beberapa aset disita selain rampasan beberapa dokumen berkaitan seperti Airway Bill, pesanan pembelian, baucar pembayaran, pesanan penghantaran dan dokumen Electronic Pre-Alert Manifest (ePAM).

Selain itu, SPRM melaksanakan OPS Rentas bagi membenteras rasuah berkaitan counter setting dengan operasi besar-besaran di KLIA membongkar ketirisan di pintu masuk negara melibatkan sindiket membenarkan kemasukan warga asing tanpa melalui pemeriksaan penuh.

Antara ditahan ialah dua pegawai imigresen dalam operasi serentak di Nilai, Negeri Sembilan dan Johor Bahru, Johor pada Ogos kerana dipercayai menerima RM400,000 bagi membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan pihak berkuasa.

Pada September, sebanyak 27 individu termasuk lapan wanita dengan 18 daripadanya pegawai agensi penguat kuasa berusia dari lingkungan 20 hingga 50 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket counter setting menerusi operasi di Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. 

Menerusi operasi itu, 57 akaun bank bernilai RM2.7 juta dibekukan selain SPRM merampas wang tunai lebih RM200,000, beberapa unit barangan kemas, kepingan emas, kereta, motosikal, beg tangan berjenama, jam tangan dan peranti telekomunikasi.

Institusi perbankan juga tidak terlepas daripada pemerhatian SPRM apabila 49 pegawai dan bekas pegawai bank ditahan dalam OPS Tiger pada November melibatkan rasuah oleh firma guaman untuk pengurusan dokumen pembiayaan kewangan dengan jumlah hampir RM700,000.

Pelaksanaan OPS Sky pula menyaksikan SPRM mendakwa 16 individu termasuk pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan serta merampas kira-kira 4,000 dokumen dan membekukan 98 akaun bank bernilai RM17.4 juta.

Pada Ogos, SPRM membongkar kegiatan membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol dengan sindiket untuk membawa masuk barangan larangan termasuk dadah menerusi OPS Sohor.

Dalam operasi itu, lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebahagiannya anggota Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) ditahan kerana disyaki membocorkan maklumat kepada sindiket penyeludupan di perairan Selat Melaka hingga Johor.

Turut menjadi tumpuan ialah kes rasuah melibatkan ahli perniagaan Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkaitan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah yang menunjukkan Kerajaan MADANI berpegang teguh pada prinsip ketelusan serta integriti.

Berdasarkan statistik SPRM, sitaan berjumlah RM566.77 juta di bawah Akta SPRM 2009 dan RM6.26 bilion mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA/ATFPUAA) 2001 selain pembekuan aset bernilai RM36.14 juta direkodkan setakat 30 Nov.

Sepanjang tempoh sama, SPRM menerima 6,114 maklumat, membuka 966 kertas siasatan, menahan 1,128 individu, memfailkan 445 pertuduhan dan merekodkan 189 sabitan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Southeast Asia’s first AIGC creation ecosystem platform – Omirol launched, partnering with China’s V...

The 2026 Malaysia AI Innovation and Development Exchange Forum and the launch of Omirol, Southeast Asia's first native AIGC creation ecosystem platform, were successfully held in Kuala Lumpur. The event was jointly organized by FSBM Holdings Berhad, a Bursa Malaysia-listed company, and MOCHI MEDIA SDN. BHD.

Lawnova returns to spoga+gafa with second-generation robotic mower built for AI boundary setup-free navigation

As spoga+gafa opens its doors in Cologne, Yosemite Robotics is returning to Europe with Lawnova, its own robotic mower brand, and a second-generation lineup designed to move the category beyond wire-free mowing toward boundary setup-free outdoor automation.

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings