the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Stesen KTM Butterworth naik taraf RM30 juta jadi hab pengangkutan utama

KTM Butterworth akan dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta untuk integrasikan ETS, komuter, feri dan LRT Laluan Mutiara di Penang Sentral

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pengangkutan akan menaik taraf Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Butterworth dengan peruntukan RM30 juta.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kontraktor akan dilantik bulan depan bagi projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 itu.

Beliau berkata stesen itu penting kerana mengintegrasikan perkhidmatan KTM, ETS dan komuter dengan feri Pulau Pinang serta LRT Laluan Mutiara di Penang Sentral.

“Ketiga-tiga mod pengangkutan itu akan diintegrasikan dan menjadikan Penang Sentral sebagai pusat hab pengangkutan awam di Seberang Perai,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2025.

Loke menekankan pembangunan seimbang antara pulau dengan Seberang Perai akan menjadikan kawasan itu sebagai tumpuan dan nadi pembangunan.

Mengenai pembangunan lain, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan diperbesarkan bersama projek pembesaran terminal kargo udara di Bayan Lepas.

Malaysia Airports Holdings Bhd bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang akan membangunkan tapak logistik lebih besar di Batu Maung untuk pemain logistik antarabangsa.

“Ini akan melipatgandakan kapasiti kargo udara daripada tiga tempat letak kapal terbang menjadi enam tapak,” jelasnya.

LRT Laluan Mutiara menelan kos kira-kira RM16 bilion dengan jajaran dihubungkan sehingga ke Seberang Perai seperti dililhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loke berkata projek-projek ini akan menjadi nadi pembangunan Pulau Pinang untuk memastikan negeri itu kekal sebagai pusat perindustrian dan pembangunan sektor elektrik dan elektronik serta semikonduktor.

Laluan Mutiara merupakan laluan LRT pertama di luar Lembah Klang sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 stesen. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Local Brands on Shopee Evolve to Meet the Needs of the Modern Chinese New Year Shopper

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 16 January 2026 – As Chinese New Year approaches, Shopee’s CNY Sale highlights how a new generation of local entrepreneurs is building brands that fit into modern CNY rituals - meeting evolving needs for convenience, thoughtful gifting, and intentional preparation.

VF 8 Is Connecting a New Global VinFast Community

HAI PHONG, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 16 January 2026 - VinFast's VF 8 is traveling well, winning over drivers across markets with everyday performance, thoughtful design, and uncommon peace of mind.

AFERIY unveils next-generation portable power station Nomad1800 at CES

LAS VEGAS, US - Media OutReach Newswire - 16 January 2026 - As the Consumer Electronics Show (CES) 2026 officially opened, AFERIY, an innovative global brand in the portable clean energy sector, announced the launch of its next-generation portable power station, the Nomad1800, drawing widespread attention from industry professionals and the media.

ONYX Hospitality Group Partners with Yee Fung Group to Launch “Y Hotel Nanshan Shenzhen”, Expanding its Portfolio in China

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 16 January 2026 - ONYX Hospitality Group, a leading Southeast Asian hospitality management company specialising in hotels, resorts, serviced apartments, and luxury residences, is proud to announce its new partnership with Yee Fung Group to operate Y Hotel Nanshan in Shenzhen, People's Republic of China.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories