the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Strategi 14 BN + 14 PH PRN Melaka tidak gugat Kerajaan Perpaduan – Khalid

KOTA BHARU: Cadangan berhubung strategi Barisan Nasional (BN) bertanding di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan Harapan di 14 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, tidak akan menggugat Kerajaan Perpaduan, kata Pengarah Komunikasi parti Amanah Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata strategi itu masih belum dimuktamadkan dan keputusan hanya dibuat setelah semua parti komponen mengadakan perbincangan dan rundingan.

“Dalam Kerajaan Perpaduan ini, kita akan sering dengar pelbagai desakan, itu perkara biasa, namun akhirnya kita akan duduk dan bincang serta runding bersama sekiranya ada apa-apa keperluan untuk itu,” kata pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pada Majlis Perhimpunan Pagi Pengerusi KADA bersama warganya di Ibu Pejabat KADA, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa cawangan DAP telah mencadangkan pembahagian kerusi 14-14 antara BN dan PH pada PRN Melaka nanti. Melaka mempunyai 28 kerusi DUN membabitkan 21 yang dikuasai BN, PH (lima) dan Perikatan Nasional (dua).

Tempoh penggal DUN Melaka dijadualkan berakhir pada November tahun depan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories