the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
23 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Suami isteri dikhuatiri lemas selepas kereta terjunam ke sungai

Pasangan suami isteri dikhuatiri lemas selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan dan terjunam ke Sungai Rompin di Kuala Rompin, Pahang.

KUANTAN: Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Rompin.

Kejadian berlaku di Kampung Rantau Panjang, Kuala Rompin pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima maklumat awal mengenai kejadian itu pada jam 5.40 petang.

“Siasatan awal sedang dilaksanakan dan pihak bomba telah mula membuat pencarian di lokasi kejadian dalam keadaan arus sungai yang deras,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada jam 4.55 petang.

Sebanyak 10 anggota bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Operasi tersebut masih diteruskan sehingga jam 8 malam.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories