Friday, November 7, 2025
32.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sultan Ibrahim terima sambutan negara di Istana Sakhir Bahrain

The Sun Webdesk

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Sakhir Bahrain.

MANAMA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberi sambutan negara di Istana Sakhir di sini pada Khamis bersempena dengan lawatan negara tiga hari Seri Paduka Baginda di Bahrain.

Sebaik tiba di Istana Sakhir, Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al Khalifa disambut oleh kumpulan pelajar negara itu yang mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Bahrain.

Seri Paduka Baginda dan Raja Hamad kemudian berkenan menyaksikan “Ardah”, persembahan tarian tradisional Bahrain sebelum berangkat ke Podium of Honour, diiringi 21 das tembakan meriam.

Turut bersama-sama Seri Paduka Baginda ialah paduka anakanda Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj, dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj serta Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, sebelum Seri Paduka Baginda dan Raja Hamad berangkat ke Red Brief Council Room untuk mengadakan pertemuan rasmi.

Terletak di Wilayah Selatan berhampiran Zallaq dan Universiti Bahrain, Istana Sakhir adalah antara kediaman diraja paling terkemuka di negara berkenaan.

Dibina antara 1870 hingga 1901, istana bersejarah itu pernah menjadi kediaman pemerintah Bahrain Shaikh Hamad bin Isa Al Khalifa dari 1932 hingga 1942.

Selesai pertemuan rasmi, Sultan Ibrahim berangkat ke Tugu Peringatan Syuhada’, sebuah lokasi penting dalam sejarah Bahrain yang terletak berdekatan Istana Sakhir.

Sejurus tiba, Seri Paduka Baginda diiringi ke Royal Podium sebelum berangkat ke tugu peringatan berkenaan. Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan doa.

Yang di-Pertuan Agong kemudian berkenan menuju ke pokok palma berhampiran tugu peringatan terbabit untuk melakukan upacara simbolik menyiram pokok itu, menandakan berakhirnya upacara berkenaan.

Lawatan negara ke Bahrain ialah lawatan keenam dilaksanakan Sultan Ibrahim selepas Singapura, China, Brunei, Rusia dan Arab Saudi.

Bahrain merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-11 terbesar dan sumber import kelapan terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.- Bernama

Related

spot_img

Latest

Forest fire at Taman Seri Timah fully extinguished after five-hour operation

Selangor Fire and Rescue Department extinguished a 2.4-hectare forest fire at Taman Seri Timah, Balakong, involving 27 personnel and six vehicles.

Adidas reveals largest ever collection ahead of WC 2026

adidas has unveiled the official 2026 FIFA World Cup™ home kits for 22 partner federations, including Argentina, Germany, Italy, Japan, Spain, and more. Each design blends national heritage with modern aesthetics, featuring colours and patterns inspired by iconic kits, architecture, and landscapes. According to adidas, the collection “aims to bridge the gap between every generation of fan,” celebrating a liberated style of play and national pride.

Mazda3 1.5L returns to Malaysia

Bermaz Motor has reintroduced the Mazda3 1.5L to the Malaysian market, now equipped with upgraded features and refined specifications that elevate its position as one of the most premium compact sedans in its class. Continuing Mazda’s philosophy of “Car as Art,” the updated model blends design purity, emotional appeal, and dynamic performance. The Mazda3 1.5L is a continuation of Mazda’s KODO – Soul of Motion design approach, which captures the essence of movement through subtle, flowing lines and carefully sculpted surfaces. Every contour is designed to express energy and elegance, creating a balance between strength and simplicity. Drawing from Japanese aesthetic principles, the car embraces minimalism — allowing proportion, light, and form to define its beauty.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img