the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sultan Nazrin berkenan kurnia Darjah Kebesaran, pingat kepada 29 penerima

Sultan Perak kurnia darjah kebesaran kepada 30 penerima termasuk Tan Sri Shamsul Azri, Datuk Dr Syed Jaafar dan Brigedier Jeneral Fazillah

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada 30 penerima bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-69 baginda di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin.

Penerima pada hari ini merupakan sebahagian daripada 238 penerima yang dikurniakan darjah kebesaran dan pingat bersempena hari keputeraan baginda yang disambut pada 7 Nov.

Mendahului senarai penerima hari ini ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang dikurniakan Darjah Dato’ Seri Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sultan Nazrin juga mengurniakan Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) kepada Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, Peguam Cara Negara II Datuk Umar Saifuddin Jaafar dan Orang Besar Empat Negeri Perak Datuk Dr Syed Jaafar Syed Aznan yang membawa gelaran Datuk Seri.

Baginda juga mengurniakan Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (SPTS) kepada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Sultan Nazrin kemudiannya mengurniakan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Ir Roslan Ismail, Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.

Baginda turut mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang juga membawa gelaran Datuk kepada 17 penerima antaranya Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak A. Sivanesan serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Khairudin Abu Hanipah.

Selain itu, Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sayani Saidon, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran Muniayan serta Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Mastura Ahmad Mustafa turut dikurniakan DPMP.

Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin juga dikurniakan DPMP.

Sultan Nazrin turut mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan kepada enam penerima antaranya Ketua Pengarah Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan Brigedier Jeneral Fazillah Ibrahim dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Perak Brigedier Jeneral Norzahari Efandy Zakaria.

Terdahulu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan berangkat ke Istiadat Kawalan Kehormatan yang dimulakan dengan Hormat Diraja sebelum Lagu Kebesaran Perak Darul Ridzuan didendangkan, selain tembakan meriam sebanyak 21 das oleh Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat), disusuli pemeriksaan kawalan keselamatan oleh Sultan Nazrin. 

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kali ini diadakan dua sesi iaitu hari ini manakala sesi kedua dijadualkan pada 15 Nov ini.

Related

spot_img

Latest

TQ WULING Bingo EV Arrives in Malaysia – Prices Start from RM67,800

TQ WULING has officially entered the Malaysian electric vehicle space with the launch of the locally assembled Bingo EV, a compact electric hatchback aimed squarely at everyday urban drivers. Introduced as the first model under the TQ WULING brand, the Bingo EV is the result of a strategic collaboration between Tan Chong Motor Holdings Berhad and SAIC-GM-Wuling, combining decades of local manufacturing experience with proven global EV technology.The Bingo EV is offered in two variants, with the Bingo PRO priced at RM67,800 and the Bingo MAX at RM72,800, making it one of the most accessible EVs currently available in Malaysia. As part of its launch campaign, TQ WULING is rolling out Bingo’s Fabulous Five Perks, which include a RM5,000 cash rebate. With this incentive applied, on-the-road prices drop to RM62,800 for the PRO and RM67,800 for the MAX, significantly lowering the barrier to EV ownership. Early customers are also encouraged by a low booking fee of RM50 via the tqwuling.my website.

Most Viewed

Nissan Bets on Motorsport, NISMO and Heritage to Reinforce Brand Identity

Nissan is stepping up efforts to strengthen its global brand image by placing renewed emphasis on motorsport, expanding its NISMO performance range and tapping into the growing heritage and restoration scene. The initiatives, announced by Nissan Motor Co., Ltd. together with Nissan Motorsports & Customisation Co., Ltd. (NMC), form part of the wider Re:Nissan product strategy, where so-called “heartbeat models” are positioned as emotional flag-bearers that reflect the company’s performance-focused DNA.Motorsport remains central to this approach, with Nissan continuing to treat racing as both a proving ground and a development platform. Technologies and driving know-how honed in top-level competitions such as Super GT and Formula E will continue to flow directly into road cars under the long-standing philosophy of transferring lessons from the track back to everyday driving. Nissan also plans to maintain its presence in endurance racing series like Super Taikyu while exploring opportunities in new racing categories to broaden its technical and competitive experience.
spot_img

Popular Categories