the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Selangor gariskan tiga ketetapan hala tuju operasi penternakan babi negeri

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Sultan Selangor tetapkan penghentian beransur penternakan babi di Tanjong Sepat, kajian keperluan sebenar dan tiada peruntukan kerajaan negeri.

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan aktiviti penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat dihentikan secara beransur-ansur dan operasi berkenaan dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Tagar mengikut perancangan serta mematuhi semua keperluan perundangan dan peraturan berkaitan.

Istana Alam Shah dalam kenyataan hari ini memaklumkan baginda turut menitahkan satu kajian terperinci serta bancian menyeluruh berasaskan data sah dilaksanakan bagi mengenal pasti statistik serta kuantiti sebenar keperluan dan permintaan daging babi khusus untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor.

“Baginda menegaskan tiada sebarang tujuan atau perancangan untuk mengeksport hasil penternakan tersebut. Dapatan kajian ini hendaklah dijadikan asas utama dalam menentukan skala, kapasiti dan keluasan operasi penternakan babi di Bukit Tagar, supaya ia kekal pada tahap yang munasabah dan terkawal,” menurut kenyataan itu.

Ketetapan itu merupakan antara tiga perkara yang diperkenankan baginda berhubung pengurusan dan hala tuju operasi penternakan babi di Selangor, dengan mengambil kira kepentingan rakyat, kesejahteraan alam sekitar serta keharmonian sosial di negeri ini.

Keputusan itu dibuat selepas Sultan Selangor menerima menghadap Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim serta Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan memaklumkan perkara ketiga yang ditegaskan baginda ialah Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewangan atau membuat pelaburan bagi mana-mana operasi penternakan babi pada masa hadapan termasuk di kawasan Bukit Tagar.

“Segala urusan berkaitan hendaklah dilaksanakan tanpa melibatkan dana awam negeri,” menurut kenyataan itu.

Sultan Sharafuddin turut berharap semua pihak terlibat dapat melaksanakan ketetapan berkenaan dengan penuh tanggungjawab, berhemah serta mematuhi undang-undang, demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini sentiasa terpelihara.

Sebelum ini, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat, bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India youth shift tactics as police clamp down on election protest

With tens of thousands of security personnel deployed in key parts of the capital to block the main protest site of Jantar Mantar, protesters turned to holding flash demonstrations elsewhere, taking authorities by surprise.

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

MCMC may take action over misleading Budget 2027 tax video

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is examining a viral video alleged to contain false and misleading information about the Sales and Service Tax (SST) and income tax relief under Budget 2027.

Police seek dashcam footage of fatal crash on Cheras-Kajang Highway

Police are appealing for witnesses to a fatal accident involving a motorcycle and a lorry at KM13.1 of the Cheras-Kajang Highway yesterday, which claimed the life of a 23-year-old motorcyclist.

Most Viewed

spot_img