Monday, October 27, 2025
29.4 C
Malaysia
spot_img

Syarikat kuari didenda RM40,000 miliki diesel tanpa lesen di Ipoh

The Sun Webdesk

GCCP Marble Sdn Bhd didenda RM40,000 kerana memiliki 10,129 liter diesel tanpa lesen di Ipoh, dengan hasil jualan dilucutkan hak kerajaan

IPOH: Sebuah syarikat perlombongan kuari telah didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki 10,129 liter diesel tanpa lesen sah.

GCCP Marble Sdn Bhd yang diwakili oleh pengarah syarikat Loo Wooi Hong berusia 32 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Sharin Mohamad.

Syarikat tersebut didapati melanggar Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dengan memiliki diesel sebagai barang kawalan berjadual untuk kegunaan perniagaan mereka.

Kesalahan itu dilakukan di premis GCCP Marble Sdn Bhd di Keramat Pulai Industrial Park, Mukim Sungai Raya, Ipoh pada pukul 6.30 petang 15 Ogos 2023.

Pendakwaan dikemukakan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Peruntukan undang-undang tersebut membenarkan denda maksimum RM2 juta dan untuk kesalahan kali kedua denda tidak melebihi RM5 juta.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nazreen Zabarudin dan Pegawai Pendakwa KPDN N Shamani yang memohon hukuman denda RM40,000 serta hasil jualan sebanyak RM23,803.15 dilucutkan hak kepada kerajaan.

Syarikat berkenaan yang diwakili Tetuan Wong dan Ang memohon hukuman denda sama dengan alasan itu merupakan kesalahan pertama mereka.

Pihak pembelaan juga menyatakan lesen syarikat telah diperbaharui dan minyak diesel tersebut bukan bersubsidi serta untuk kegunaan sendiri.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM40,000 dan hasil jualan bernilai RM23,803.15 dilucutkan hak kepada kerajaan di bawah pengurusan KPDN. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Jockey Club Multiple Pathways Initiative – CLAP-TECH Pathway, Led by HKBU, Releases Report Highlighting the Importance of Vocational and Professional Education and Training in...

Led by HKBU and funded by The Hong Kong Jockey Club Charities Trust, the CLAP-TECH initiative showcases how Vocational and Professional Education and Training (VPET) empowers secondary students with practical skills, diverse pathways, and stronger career readiness.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img