the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lagi suspek direman kes tembak maut di Seremban

Polis Seremban reman dua lagi lelaki, lengkapkan lima suspek kes tembak maut di Jalan Rasah-Mambau. Senjata api semi-auto dirampas.

SEREMBAN: Polis mengesahkan dua lagi lelaki telah direman, menjadikan jumlah keseluruhan lima suspek dalam kes tembak maut di Jalan Rasah-Mambau.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata kedua-dua suspek berusia 30-an itu direman lima hari bermula semalam.

Tiga suspek yang ditahan sebelum ini pula disambung reman sehingga 19 Disember.

Azahar berkata polis telah merampas satu senjata api jenis semi-auto.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan pada Khamis ini sebelum diserahkan ke Pejakat Pendakwaan Negeri,” katanya.

Dalam kejadian pada 10 Disember, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak dari motosikal.

Mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar.

Seorang lagi mangsa berusia 47 tahun masih menerima rawatan di hospital.

Azahar berkata mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan stabil. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings