Friday, November 14, 2025
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Permaisuri Norashikin gesa PR perkukuh perpaduan era digital

Tengku Permaisuri Selangor tekankan peranan pengamal PR memupuk perpaduan, kepercayaan dengan komunikasi beretika dalam transformasi digital.

KUALA LUMPUR: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menggesa pengamal perhubungan awam memainkan peranan penting memupuk perpaduan dan kepercayaan dalam era transformasi digital.

Baginda bertitah komunikasi menjadi semakin mustahak dalam dunia mengalami ketidaktentuan dan perubahan pantas.

“Ia membolehkan masyarakat mencari titik persamaan, pemimpin menyuntik harapan dan komuniti mendepani cabaran bersama-sama,” titah baginda pada Persidangan dan Festival Perhubungan Awam Global Malaysia 2025.

Tengku Permaisuri Norashikin menekankan dalam era ledakan maklumat, kisah yang diungkapkan dan nilai dijunjung menentukan bagaimana dunia memandang rantau ini.

“Bukan hanya sebagai kelompok negara, tetapi sebagai komuniti terbina atas rasa saling menghormati, tanggungjawab bersama dan harapan berkekalan,” titah baginda.

Baginda menyatakan ketika kecerdasan buatan, data dan alat digital mengubah landskap komunikasi, keberkesanan teknologi bergantung pada ketulusan penggunaannya.

“Biarlah setiap mesej yang kita garap berteraskan kejujuran dan perikemanusiaan,” titah Tengku Permaisuri Norashikin.

“Biarlah setiap kempen yang kita laksanakan memupuk kefahaman, bukan perpecahan dan biarlah setiap platform yang kita wujudkan membawa manfaat.”

Baginda menegaskan komunikasi dikemudi suara hati mampu merawat luka, memulihkan kepercayaan dan menyuburkan harapan.

Tengku Permaisuri Norashikin turut melancarkan Laman Web PRactitioners serta Kod Etika dan Integriti dalam Perhubungan Awam.

Acara tiga hari itu menghimpunkan lebih 500 pemimpin komunikasi, pengamal media, pembuat dasar dan ahli akademik dari dalam dan luar negara.

Persidangan bertemakan “Humanity Amplified: Redefining Public Relations in the Age of Intelligence” membincangkan integrasi kepercayaan, etika dan teknologi dalam komunikasi moden. – Bernama

Related

spot_img

Latest

What to expect from the BYD Shark in Malaysia

BYD is officially bringing its first-ever pickup truck, the Shark, to Malaysia, a move that marks the brand’s entry into one of the most competitive vehicle segments in the market. This follows the Shark’s successful launches in regions like Mexico and Thailand, and Malaysian buyers can expect a showcase of the model soon before its official arrival. The BYD Shark represents a significant step forward for the Chinese automaker as it expands from electric passenger cars into the pickup market. Unlike traditional diesel-powered rivals, the Shark is a plug-in hybrid electric vehicle (PHEV) that blends practicality with high performance and efficiency.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories