the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Zafrul cadang pemain badminton lebih selektif sertai kejohanan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Tengku Zafrul cadang pemain badminton lebih selektif sertai kejohanan

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mencadangkan supaya pemain lebih selektif dalam menyertai kejohanan pada mesyuarat sulung majlis badan induk sukan itu bagi 2026, esok.

Beliau berkata berdasarkan statistik kejohanan tahun lepas yang dibentangkan kepadanya, pemain kurang berjaya membawa pulangan memberangsangkan walaupun beraksi dalam banyak pertandingan, khususnya dalam saingan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bertaraf Super 1000.

“Jika anda sedar tiada seorang pemain kita yang memenangi kejohanan Super 1000 tahun lepas. Jadi kita perlu meneliti dan melihat pulangannya dari situ. 

“Jika semua kejohanan mereka masuk dan kalah (itu) tidak okay. Kita perlu faham zaman Datuk Seri Lee Chong Wei dan jaguh China Lin Dan mereka juga tidak masuk semua kejohanan. Jadi kita perlu lebih selektif,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat media Terbuka Malaysia 2026 di sini hari ini.

Pencapaian terbaik wakil negara pada kejohanan bertaraf Super 1000 pada musim 2025 ialah muncul naib juara Terbuka China menerusi juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan naib juara Terbuka Indonesia menerusi gandingan Pearly Tan-M. Thinaah.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata akan membangkitkan cadangan bagi memastikan BAM terbuka dan lebih telus dalam pengurusan kewangan termasuk bayaran kontrak kepada pemain, gaji, bonus dan kos menyertai kejohanan.

“Kita akan beritahu berapa mereka dapat dan kos untuk setiap pemain supaya penaja juga tahu. Saya mahu jadi telus supaya orang ramai tahu. Walaupun ia akan memberi tekanan kepada pemain, tetapi pada saya mana sahaja di dunia mereka mendedahkannya,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat esok turut dijangka membincangkan kelestarian kewangan badan induk sukan itu termasuk kepentingan mengkomersialkan badminton dengan lebih berkesan dan menjana pendapatan menerusi aset sedia ada di samping memastikan sebahagian hasil tersebut disalurkan semula kepada pembangunan akar umbi.

Terbuka Malaysia 2026 yang bermula Selasa lepas berlangsung sehingga Ahad ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysians can now report smoking offences directly through MyLapor

Malaysians can now report smoking violations directly to health authorities without confronting offenders, following the launch of MyLapor, a new digital complaint system aimed at strengthening enforcement of the country’s anti-smoking laws.

No recent meetings with AirAsia, says Loke

The Transport Ministry has not held any meetings with AirAsia representatives in the past two to three weeks, Transport Minister Anthony Loke said, amid reports of discussions between the budget carrier and the government over possible financial assistance.

Most Viewed

spot_img