Kerajaan wartakan Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai cuti am 2026, dengan peraturan cuti gantian bagi majikan sektor swasta.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai hari kelepasan am bagi tahun 2026.
Kedua-dua cuti tersebut masing-masing jatuh pada 1 Februari 2026.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memaklumkan cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah cuti wajib bagi majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Cuti ini tidak boleh diganti selaras dengan Akta Kerja 1955.
Memandangkan Hari Wilayah Persekutuan pada 2026 jatuh pada hari Ahad, majikan yang menetapkan Ahad sebagai hari rehat mingguan mesti memberikan cuti gantian pada hari Isnin berikutnya.
Bagi majikan yang memilih Hari Thaipusam sebagai sebahagian daripada enam hari kelepasan am pilihan, mereka perlu memberikan cuti gantian pada hari Selasa.
Ini berikutan pertindihan kedua-dua hari kelepasan am tersebut.
Majikan juga boleh memberikan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar ganti dengan persetujuan pekerja.
Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji cuti am seperti yang ditetapkan dalam akta.








