the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua pusat pemindahan banjir di Kuching tempatkan 197 mangsa

Hujan lebat berterusan di Kuching menyebabkan 197 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Dewan Masyarakat Stapok dan Dewan Serbaguna Kampung Sinar Budi Baru.

KUCHING: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan di bandar raya ini bagi menempatkan mangsa banjir.

Seramai 197 mangsa telah dipindahkan susulan hujan lebat berterusan sejak tengah malam.

PPS tersebut ialah Dewan Masyarakat Stapok dan Dewan Serbaguna Kampung Sinar Budi Baru.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak memaklumkan Dewan Masyarakat Stapok menempatkan 42 mangsa.

Sebanyak 155 orang daripada 45 keluarga pula berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Sinar Budi Baru.

JBPM Sarawak mula menerima panggilan mengenai banjir di Taman Desa Wira dan Kampung Sinar Budi Baru pada pukul 5 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada untuk beberapa kawasan di Sarawak.

Amaran tersebut berkuat kuasa dari hari ini hingga esok.

Kawasan yang dijangka terkesan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings