the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiada pelanggaran undang-undang di stesen minyak Pulau Pinang

KPDN Pulau Pinang sahkan tiada pelanggaran undang-undang dikesan di semua stesen minyak negeri berkaitan program subsidi BUDI MADANI RON95.

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Pulau Pinang mengesahkan tiada sebarang pelanggaran undang-undang dikesan di semua stesen minyak negeri itu selepas pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata pemeriksaan berterusan setiap hari di lebih 200 stesen minyak mendapati tiada kesalahan melibatkan penipuan sukatan minyak petrol RON95.

“Setakat ini ada 12 aduan berkaitan BUDI95 diterima sejak bulan lepas, bulan ini kami terima tiga aduan dan kebanyakannya melibatkan isu teknikal serta kekeliruan dalam sistem bukan berpunca daripada salah laku pihak stesen minyak,” katanya selepas melancarkan Program Pasar Patuh (3P) di Pasar Chowrasta hari ini.

Beliau mengulas rungutan pengguna yang mendakwa sukatan minyak petrol yang diterima tidak sama dengan nilai yang dibayar sehingga menyebabkan jumlah penggunaan mereka lebih tinggi.

Jegan berkata pemeriksaan dijalankan setiap hari oleh pasukan penguat kuasa bagi memastikan semua pengusaha stesen minyak berada dalam keadaan patuh.

“Kami ada pasukan khas yang membuat pemantauan berterusan termasuk ujian terhadap alat penyukat minyak bagi memastikan tiada unsur penyelewengan,” katanya.

Sementara itu, Jegan berkata KPDN menjalankan pemantauan berterusan harga barangan bagi memastikan tidak berlaku kenaikan ketara harga barangan mentah seperti sayur dan hasil laut berikutan musim Monsun Timur Laut.

Beliau berkata pihaknya turut memberi amaran kepada peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara melampau sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Apabila MTL bermula, bekalan ikan dan sayur-sayuran segar mungkin berkurangan, namun permintaan meningkat dan harga sedikit naik,” katanya.

KPDN akan terus memantau situasi ini dan melakukan pemeriksaan di pasar basah, kedai runcit serta pemborong bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna.

Monsun Timur Laut 2025/2026 dijangka bermula Jumaat ini, 13 November hingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramalkan berlaku sepanjang tempoh berkenaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BBSB International Limited announces its subscription results Recorded approximately 10,745 times of over-subscription for its Public Offer

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - BBSB International Limited ("BBSB" or the "Company", together with its subsidiaries, the "Group", stock code: 8610.HK), an established civil engineering contractor in Malaysia, is pleased to announce the subscription results for its shares under the Public Offer and Placing.

Most Viewed

Malaysians highly optimistic about personal and national future

Malaysians are entering 2026 with strong optimism for their personal lives and the country's direction, significantly outpacing global sentiment according to a new Ipsos survey.
spot_img

Popular Categories