the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR: Tidak semua penurunan kandungan dalam talian termasuk di platform TikTok di negara ini dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau kerajaan Malaysia, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata penurunan kandungan oleh penyedia platform tertakluk kepada pertimbangan dan penilaian penyedia platform itu sendiri berdasarkan laporan penyalahgunaan daripada pengguna dan permohonan pihak berkuasa.

“Memang dalam Laporan Permintaan Pengalihan Keluar oleh Kerajaan ini menyatakan bahawa TikTok telah menerima permintaan daripada kerajaan Malaysia sebanyak 1,862, namun laporan ini juga menunjukkan bahawa keseluruhan kandungan yang diterima untuk diturunkan berjumlah 6,231.

“Ini bermakna bukan semua permohonan penurunan kandungan dibuat MCMC ataupun kerajaan Malaysia,” katanya pada sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2021 dan 2022 bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini.

Teo berkata laporan itu juga menunjukkan bahawa 2,514 kandungan telah diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti, tindakan atas sebab melanggar undang-undang tempatan ( 2,970) dan kandungan tidak diambil tindakan oleh platform TikTok (747).

Beliau berkata ini menunjukkan jika platform tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu kandungan itu melanggar antara dua undang-undang atau garis panduan di atas, mereka tidak akan menurunkan kandungan yang diminta.

Teo berkata sekiranya terdapat sebarang kandungan yang telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial, pengguna dinasihatkan berhubung terus dengan penyedia platform media sosial yang berkaitan untuk mengetahui justifikasi tindakan penurunan tersebut.

Menurutnya adalah tidak adil jika menganggap semua kandungan yang diturunkan adalah berkaitan kritikan terhadap kerajaan memandangkan sejak 2019 hingga 2023 penipuan dalam talian meningkat 95.2 peratus dan judi dalam talian meningkat 273 peratus (2019 sehingga 2022).

“Apabila MCMC mengambil tindakan proaktif dengan menghantar laporan kepada penyedia platform, tuduhan juga datang daripada ahli-ahli Parlimen sebelah sana bahawa ini cubaan kerajaan mahu memperketat kebebasan media sedangkan kita semua perlu memahami bahawa isu ini dihadapi bukan sahaja di Malaysia hari ini tapi dalam kerajaan lain juga,” katanya.

Teo berkata kerajaan komited melindungi pengguna Internet di Malaysia daripada aktiviti dalam talian yang memudaratkan seperti yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman dan provokasi.

Sehubungan itu, tindakan yang diambil adalah demi menjaga keseimbangan kebebasan bersuara dan perlindungan masyarakat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane en Provence marks 50 years of crafting life ties, unveils global reinvention and...

L’Occitane en Provence celebrates its 50th anniversary with a global brand reinvention, refreshed product portfolio and immersive customer experiences. In Malaysia, the milestone is marked through the "Maison Surprise" campaign, featuring complimentary gifts, interactive activations and community-focused experiences.

CG Capital, the leader in branded residences in Thailand, marks milestone success for InterContinental...

CG Capital announced strong early demand for InterContinental Residences Bangkok Asoke, with over 60% of units reserved before its official launch. The luxury branded residence reflects growing confidence in Thailand's high-end property market despite ongoing global economic uncertainty.

FastMed HK welcomes Greater Bay Area visitors to access doctor assessment and prescription dispensing...

FastMed HK is expanding access to online doctor assessments and prescription dispensing for Hong Kong residents and Greater Bay Area visitors, offering a structured digital healthcare pathway with e-prescriptions, medicine delivery or collection, and privacy-focused services for various prescription-based healthcare needs.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings