Saturday, November 22, 2025
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Senai-Seelong

Tiga individu maut dalam kemalangan melibatkan dua lori dan Perodua Bezza di Jalan Senai-Seelong, Kulai.

KULAI: Tiga individu maut dalam kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kereta di Jalan Senai-Seelong petang semalam.

Kejadian jam 4.15 petang bermula apabila Perodua Bezza dipandu lelaki 68 tahun dilanggar dari belakang oleh lori dipandu lelaki 46 tahun.

Perlanggaran menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori kedua dipandu lelaki 23 tahun.

BACA: Remaja lelaki 14 tahun maut nahas enam kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan

Pemandu lori kedua berusia 23 tahun itu maut di lokasi kejadian.

Pemandu lori pertama dan seorang penumpang wanita Perodua Bezza disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim.

Pemandu dan dua lagi penumpang Bezza dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507.

Mereka juga boleh hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories