the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM Anwar akan sertai mesyuarat berkaitan Sidang Kemuncak Pemimpin G20

PM Anwar menghadiri mesyuarat G20 di Johannesburg, menyampaikan kenyataan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan menghadiri majlis makan malam pemimpin

JOHANNESBURG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai mesyuarat berkaitan Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20) pada hari ketiga lawatan kerja beliau ke sini.

Agenda pertama adalah menyampaikan kenyataan Malaysia semasa Sesi 1, bertajuk “Inclusive and Sustainable Economic Growth Leaving No One Behind: Building Our Economies; the Role of Trade; Financing for Development; and the Debt Burden”. (Pertumbuhan Ekonomi Inklusif dan Mampan Tanpa Ada Yang Ketinggalan: Membina Ekonomi Kita; Peranan Perdagangan; Pembiayaan untuk Pembangunan; dan Beban Hutang”.

Selain itu, beliau juga akan menyampaikan kenyataan Malaysia dalam Sesi 2, bertajuk “A Resilient World – the G20’s Contribution: Disaster Risk Reduction; Climate Change; Just Energy Transitions; Food Systems” (Dunia yang Berdaya Tahan – Sumbangan G20: Pengurangan Risiko Bencana; Perubahan Iklim; Peralihan Tenaga yang Saksama; Sistem Makanan), pada sebelah petang.

Selepas menyampaikan ucapan beliau pada Sesi 2, Anwar akan menghadiri Majlis Makan Malam Pemimpin G20 yang dihoskan oleh Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa di NASREC Expo Centre. 

Lawatan kerja Perdana Menteri selama empat hari dari 20 hingga 23 November ke Afrika Selatan adalah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Johannesburg sebagai tetamu Presiden G20, Cyril Ramaphosa.

Jemputan kepada Anwar untuk menghadiri sidang kemuncak itu, yang berlangsung dari 22 hingga 23 November, adalah atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025.

Anggota G20 terdiri dari Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Afrika dan Kesatuan Eropah.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa, para pegawai kanan kerajaan Malaysia, serta delegasi perniagaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings