the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga menteri angkat sumpah penggal kedua sebagai senator

Saifuddin Nasution, Zambry Abd Kadir dan Mohd Na’im Mokhtar angkat sumpah penggal kedua sebagai senator Dewan Negara.

KUALA LUMPUR: Tiga menteri Kabinet mengangkat sumpah bagi penggal kedua sebagai senator di Dewan Negara hari ini.

Mereka ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Pelantikan semula itu membolehkan mereka meneruskan tugas dalam Jemaah Menteri.

BACA: Saifuddin Nasution akui tak fikir isu tamat tempoh senator

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mempengerusikan majlis angkat sumpah tersebut.

Beliau berkata pelantikan semula ketiga-tiga menteri itu mencerminkan kepercayaan berterusan terhadap kepakaran dan komitmen mereka.

“Pelantikan ini dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan,“ katanya.

Pelantikan itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 2 Disember 2028.

Ketiga-tiga menteri itu sebelum ini mengangkat sumpah bagi penggal pertama mereka pada Disember 2022. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories