the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 9, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiga suspek ditahan bantu siasatan kes tembak di Seremban

Tiga lelaki direman sehingga 15 Dis bagi membantu siasatan kes tembak dalam kereta di Jalan Rasah-Mambau yang mengakibatkan seorang maut

SEREMBAN: Tiga lelaki direman hari ini bagi membantu siasatan kes tembak dalam kereta di Jalan Rasah-Mambau menghala Plaza Tol Port Dickson semalam.

Suspek berusia antara 30 hingga 40-an itu ditahan di tiga lokasi berbeza sekitar Nilai, Seremban dan Port Dickson awal pagi ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pemeriksaan menemukan sepucuk pistol daripada salah seorang suspek.

“Motif kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada Bernama.

Ketiga-tiga suspek direman sehingga 15 Dis untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971).

Dalam kejadian semalam, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak dua suspek menaiki motosikal.

Mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar.

Seorang lagi lelaki berusia 47 tahun masih menerima rawatan di hospital. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

Fiamma upbeat on 2026 outlook, backed by strong execution, portfolio diversification

Fiamma Holdings Bhd remains cautiously optimistic about its 2026 outlook, underpinned by steady execution and strategic progress achieved in 2025. The group is focused on strengthening its core Trading & Services business while expanding selectively into adjacent appliance categories and healthcare distribution to build a more resilient and diversified earnings base amid a challenging global environment.
spot_img

Popular Categories