the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tragedi bot karam di Bangladesh, angka korban meningkat ke 51

DHAKA: Sekurang-kurangnya 51 orang maut selepas sebuah bot karam di daerah utara Bangladesh pada Ahad.

Penguasa Polis daerah Panchagarh, SM Sirajul Huda, memberitahu Xinhua bahawa 26 lagi mayat ditemukan di sungai Karatoya di daerah Panchagarh utara Bangladesh, 468 kilometer (km) dari Dhaka, pada Isnin.

Angka korban itu menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 51 berbanding 25 sebelum ini.

Bot yang membawa kira-kira 100 penumpang dilaporkan karam pada petang Ahad akibat terlebih muatan.

Anggota penyelamat bertungkus lumus melaksanakan misi pencarian baki penumpang yang masih hilang meskipun berdepan cabaran arus deras dan air bergelora, katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings