Bekas perdana menteri berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN dalam keadaan sedar selepas terjatuh di kediamannya awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.30 pagi tadi.
Beliau dikejarkan ke hospital berkenaan selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya awal pagi tadi.
Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff mengesahkan perkara itu menerusi saluran media rasmi Dr M Media Updates.
Sufi berkata pemimpin berusia 100 tahun itu dibawa ke IJN dengan ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.
“Beliau telah terjatuh pada awal pagi tadi dan pada kebiasaannya, perkara itu memerlukan pemerhatian lanjut di hospital,” katanya.
Beliau difahamkan Dr Mahathir terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian di balkoni rumah untuk ke ruang tamu.








