the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tun Musa, Ahmad Zahid hadiri solat jenazah Allahyarham Bung Moktar

Tun Musa Aman dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama ribuan jemaah tunaikan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ribuan jemaah hadir menunaikan solat jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Solat jenazah itu dilaksanakan selepas solat Jumaat dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Suhaidi Kuanting di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Turut serta Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Hadir sama beberapa menteri Kabinet Sabah, pemimpin Barisan Nasional Sabah, ahli keluarga, waris dan kenalan Allahyarham.

Selesai solat jenazah, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN bersama pemimpin tertinggi BN lain memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham Bung Moktar kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas untuk dikebumikan.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama pemimpin negeri memberi penghormatan terakhir di kediaman Allahyarham di Luyang.

Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada 1.46 pagi tadi.

Beliau baru sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 November lepas. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories