Tuesday, November 11, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Verstappen menangi GP Azerbaijan, Piastri terkeluar akibat kemalangan

BERLIN: Juara bertahan Formula 1 Max Verstappen memenangi Grand Prix (GP) Azerbaijan pada Ahad, manakala pendahulu kejuaraan Oscar Piastri terlibat kemalangan pada pusingan pertama dan Carlos Sainz menghadiahkan podium pertama untuk Williams sejak 2021, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Verstappen yang bermula dari petak utama mengekalkan kedudukan di depan sepanjang perlumbaan, sekali gus meraih kemenangan berturut-turut selepas kejayaannya di GP Itali dua minggu lepas.

Pemandu Red Bull itu kini berada di kedudukan ketiga dalam senarai keseluruhan, 69 mata di belakang Piastri, sekali gus kembali bersaing dalam perebutan kejuaraan musim ini yang masih berbaki tujuh perlumbaan.

George Russell daripada Mercedes menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti Sainz, yang menutup hujung minggu cemerlang dengan podium pertamanya sejak GP Abu Dhabi 2024 ketika beliau masih bersama Ferrari.

Piastri pula mengalami hujung minggu yang penuh malang. Beliau didapati memulakan perlumbaan lebih awal sebelum enjin terhenti dan kereta lain memintasnya semasa beliau cuba menghidupkan semula sistem. Sebaik kembali di trek, Piastri terbabas di selekoh kelima dan merempuh penghadang.

Pemandu McLaren itu hanya bermula dari petak kesembilan selepas terlibat kemalangan di penghujung sesi kelayakan pada Sabtu.

Rakan sepasukan Piastri yang juga pencabar kejuaraan, Lando Norris, menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh selepas masalah di hentian pit menjejaskan peluangnya meraih podium. Bagaimanapun, Norris berjaya mengurangkan jurang dengan Piastri sebanyak enam mata kepada 25 – BERNAMA-dpa

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Ariana Grande’s Wax Figure Lands in at Madame Tussauds Singapore

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 11 November 2025 - Wicked fever is about to sweep across Sentosa Island! Madame Tussauds Singapore joins in the excitement by welcoming pop royalty Ariana Grande's wax figure, just in time for the highly anticipated release of Wicked: For Good.
spot_img

Popular Categories