Thursday, October 30, 2025
24.3 C
Malaysia
spot_img

Wanita ditemui meninggal dunia dalam kereta di pusat beli-belah Kuching

The Sun Webdesk

Seorang wanita dalam lingkungan 20-an ditemukan meninggal dunia di dalam kenderaan diparkir di sebuah pusat membeli-belah di Kuching.

KUCHING: Seorang wanita tempatan dalam lingkungan 20-an ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan diparkir di sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata polis menerima aduan orang awam pada 1.55 tengah hari berhubung seorang wanita tidak sedarkan diri dalam kenderaan.

“Wanita itu ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu. Pasukan Balai Bomba Tabuan Jaya membantu membuka pintu kenderaan yang terkunci dari dalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Marianna Liew Ai Jiar, 24, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada petang Sabtu lepas. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img