the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 1, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Wanita lemas, adik lelaki hilang dihanyut arus di Pantai Sura Tengah

Seorang wanita lemas manakala adik lelakinya hilang selepas dihanyut arus kuat ketika mandi di Pantai Sura Tengah, Dungun.

DUNGUN: Seorang wanita maut lemas manakala adik lelakinya hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Pantai Sura Tengah di sini.

Kejadian pada 10.27 pagi itu berlaku ketika mangsa Nor Baizura Shafie, 39, dan adiknya Mohd Fazir, 37, sedang berkelah bersama 13 ahli keluarga yang lain.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata kejadian dipercayai bermula apabila Nor Baizura hampir lemas ketika mandi.

“Mohd Fazir kemudian cuba menyelamatkannya namun usaha itu gagal sebelum kedua-dua mangsa dikatakan hanyut dan tenggelam,” katanya.

Mayat Nor Baizura berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada 10.54 pagi dan dibawa ke Hospital Dungun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata 10 anggotanya digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan mangsa pertama kira-kira 25 minit selepas ketibaan.

“Pasukan penyelamat berdepan kesukaran akibat ombak besar dan arus yang kuat,” jelas Shahrizal.

Operasi SAR bagi mengesan Mohd Fazir masih giat dijalankan dengan bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories