the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Wanita terjerat hutang RM126,600 akibat pinjaman tidak berlesen

Seorang wanita diugut pemberi pinjam wang tidak berlesen selepas terjerat hutang RM126,600, walaupun telah bayar balik RM151,400

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berdepan ugutan berterusan daripada pemberi pinjam wang tidak berlesen selepas terjerat dengan hutang melebihi RM100,000.

Mangsa berusia 34 tahun itu pada awalnya membuat pinjaman RM2,000 melalui iklan media sosial tetapi hanya menerima RM1,400.

Beliau melunaskan bayaran penuh RM2,000 pada Julai lepas sebelum menerima tawaran pinjaman baharu RM4,000 melalui WhatsApp pada 28 Oktober.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata mangsa enggan membuat pinjaman tersebut tetapi diugut dan dipaksa sebelum akhirnya bersetuju.

“Bagaimanapun, mangsa hanya menerima RM2,100 dan telah membayar semula RM1,500, tetapi mangsa terus menerima pelbagai tawaran pinjaman daripada nombor tidak dikenali,” katanya.

Mangsa terpaksa membuat beberapa pinjaman baharu bagi melunaskan hutang terdahulu sehingga terkumpul 16 pinjaman.

Jumlah keseluruhan pinjaman yang dibuat ialah RM126,600 dengan bayaran semula sebanyak RM151,400.

Pihak pemberi pinjam masih menuntut bayaran tambahan dan mengugut mangsa kerana gagal membuat pembayaran.

Siasatan mendapati semua transaksi bayaran dibuat ke beberapa akaun bank yang dipercayai digunakan oleh sindiket sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga emas kerugian RM659,000 selepas terperdaya dengan pelaburan palsu dalam talian.

Lelaki berusia 65 tahun itu dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan pada 12 September lepas dan ditawarkan pelaburan off market.

Mangsa terperdaya dengan janji keuntungan lumayan membuat lapan transaksi ke dua akaun berbeza antara 7 hingga 29 Oktober berjumlah RM659,000.

Kes pelaburan palsu itu disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Hoo menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

NRES advances green digital agenda with CNCS certification from Starza, ICT Zone

The Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) has strengthened its sustainability and digital governance agenda with the receipt of a Carbon Neutral Computing Services (CNCS) certificate, offsetting 130.04 tonnes of CO₂e from 441 ICT assets. Delivered through a public–private collaboration with Starza Corporation Sdn Bhd, ICT Zone Asia Bhd and HP, the initiative demonstrates how carbon-neutral ICT deployment can support Malaysia’s Net Zero 2050 aspirations while providing a scalable model for sustainable digital transformation across the public sector.

Chin Hin Group confident of sustained growth in 2026 on strong order visibility and capacity expansion

Chin Hin Group Bhd is entering 2026 with strong earnings visibility, underpinned by RM2.3 billion in unbilled property sales and robust order books across construction, building materials and home & living. Supported by disciplined execution, strategic capacity expansions and a growing focus on sustainability-driven solutions, the group is well-positioned to deliver its next phase of scalable, sustainable growth.

Most Viewed

Chin Hin Group confident of sustained growth in 2026 on strong order visibility and capacity expansion

Chin Hin Group Bhd is entering 2026 with strong earnings visibility, underpinned by RM2.3 billion in unbilled property sales and robust order books across construction, building materials and home & living. Supported by disciplined execution, strategic capacity expansions and a growing focus on sustainability-driven solutions, the group is well-positioned to deliver its next phase of scalable, sustainable growth.

Darurat diisytihar di selatan California susulan ribut kuat

Gabenor California mengisytihar darurat di beberapa daerah selatan California berikutan ribut musim sejuk terkuat dalam beberapa tahun, menyebabkan banjir, pemindahan dan gangguan bekalan elektrik.
spot_img

Popular Categories