the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terpedaya ‘Love Scam’

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan ‘Love Scam’ oleh seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata wanita berusia 69 tahun itu telah mengenali lelaki yang mendakwa dirinya warganegara Norway dan bekerja sebagai jurutera petroleum itu sejak September tahun lepas.

“Mangsa telah diberitahu bahawa lelaki tersebut merupakan seorang jurutera petroleum dan sedang mengalami masalah enjin kapal di tengah laut. Mangsa telah diminta untuk membayarkan baki bayaran enjin kapal yang baharu sebanyak RM50,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazli berkata oleh kerana yakin dengan lelaki tersebut, wanita yang sudah tidak bekerja itu membuat pindahan deposit tunai ke dalam satu akaun sebanyak RM24,000 di Pejabat Pos Kuala Terengganu pada Rabu (20 Mac) lepas.

Beliau berkata mangsa cuba membuat pindahan deposit tunai kali kedua sebanyak RM24,000 di pejabat Pos pada Khamis (21 Mac) namun, kakitangan di situ menasihatinya dan memberitahu bahawa dia dipercayai telah menjadi mangsa ‘Love Scam’.

Sehubungan itu, Mazli menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan individu yang tidak dikenali dan mengelakkan diri dari membuat bayaran ke akaun individu lain.

“Orang ramai juga boleh menyemak status nombor akaun melalui portal CCID https://semakmule.rmp.gov.my sekiranya ingin membuat sebarang transaksi yang meragukan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings