the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas maut dirempuh kenderaan ketika berbasikal di Miri

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang lelaki warga emas maut selepas basikalnya dirempuh kenderaan di Jalan Tanjung Lipat, Miri, dengan siasatan berjalan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MIRI: Seorang lelaki warga emas maut selepas basikal yang ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tanjung Lipat semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mangsa berusia 63 tahun itu dalam perjalanan dari Pasar Batu Niah ke Kampung Tanjung Lipat.

“Siasatan awal mendapati mangsa sedang berbasikal di laluan berkenaan sebelum dipercayai dilanggar kenderaan dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohd Faizul Ab Rahim melalui talian 014-8582582 atau 085-430479.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings