the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas rugi RM184,500 diperdaya lelaki samar rakan anak

Seorang wanita warga emas, 63 tahun, kerugian RM184,500 selepas diperdaya lelaki yang menyamar sebagai rakan anaknya melalui panggilan telefon

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita warga emas kerugian RM184,500 selepas diperdaya seorang lelaki melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 63 tahun dihubungi suspek pada 1 Oktober lepas.

Suspek menyamar sebagai rakan kepada anak lelaki mangsa yang telah lama menghilangkan diri akibat masalah hutang.

Beliau mendakwa anak mangsa telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dan memerlukan wang untuk rawatan.

“Mangsa yang telah lama terputus hubungan dengan anak lelakinya termakan dengan cerita suspek dan memasukkan wang untuk kos rawatan di hospital berkenaan,” kata Azli.

Dalam tempoh 9 Oktober hingga 24 November lepas, mangsa membuat 21 kali pembayaran ke beberapa akaun seperti diarahkan.

Wang tersebut menggunakan simpanan hasil bekerja sebagai kerani.

Mangsa mula mengesyaki ditipu selepas percubaannya untuk bertemu suspek dan anak lelakinya di Kuala Lumpur gagal.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories